Isnin, 18 Julai 2011

SUKAR UNTUK KU MENERIMA SEMUA INI

hati ini sukar terima saat kau bersama insan yang lain,
aku tidak tahu mengapa ini boleh terjadi,
aku tak mahu ini terjadi kerana aku hanya menganggap kau hanya sekadar kawan,
dan sayang aku pada mu hanya sekadar kawan tak lebih dari itu,
mengapa hati ini berubah????
aku tak nak di sebabkan semua ini persahabatan kita musnah,
aku tak nak kehilangan kawan2 yang aku sayang,
tapi mengapa???
mengapa hati ini mula ingin memilikimu,
mengapa hati ini ingin mencintaimu,
tidak tidak tidak,
aku tak mahu semua ini berlaku,
cukuplah sekali kesilapan yang telah aku buat dulu jangan di ulanginya semula..........


Wahai insan yang ku sayangi jauhnya aku dari mu bukan kerana aku membenci mu tapi ku ingin mencari ketenangan dalam diri ini,aku hilangkan perasaanku pada mu,sekiranya kau tahu akan perasaan ku ini biarkan ia,biarkan aku saja yang menyimpannya di dalam hati ku ini,sekiranya kau tahu akan perasaan ini biarkan ia berlalu jangan sesekali kau menegurnya kerana ia akan ku bawa jauh dari hidup ku dan hidup mu,walaupun sukar untuk aku terima semua ini aku akan tetap mencuba,akku tak mahu kehilangan mu di sebabkan perkara yang remeh seperti ini,aku hanya ingin melihat kau bahagia bersama insan yang kau sayang,aku tahu sayang kau pada ku hanyalah sebagai kawan,aku pun mahu perasaan sebegitu padamu tapi aku tidak mampu menghalang perasaan ini,aku harap kau mengerti dan fahami mengapa aku menjauhkan diri dari mu......MAAFKAN KU WAHAI SAHABAT KERANA TERLANJUR MENCINTAI MU DAN MENYAYANGI MU..........

Tiada ulasan: